Wednesday, July 1, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

RoTAn







(Berikot adelah alat2 yg pernah digunekan sebagai hukuman kepade aku)

isU hukuman rotan di sekolah kembali menarik perhatian apabila ia dikatakan langkah terbaik mendisiplinkan pelajar bermasalah dan suka melanggar peraturan


Jika mengimbau persekolahan zaman 60-an dan 70-an, jika guru merotan pelajar yang melakukan kesalahan, ia perkara biasa dan mendapat sokongan ibu bapa.Murid atau pelajar sedar jika dirotan, ia adalah kerana kesalahan sendiri dan mereka tidak berani mengadu kepada ibu bapa kerana aduan itu tidak dilayan, sebaliknya mereka mungkin dirotan lagi.--yangni aku pon kene jgak...kire zaman Y2K pon stil berjalan


Memang sakit apabila dirotan, tetapi kebanyakan pelajar yang pernah menerima hukuman itu, kini menjadi manusia berguna, memegang jawatan tinggi dan disegani masyarakat.Malah, ada pelajar yang pernah dirotan berterima kasih kepada guru kerana mengambil tindakan berkenaan.----Sokong sgt...thanks kepade sume cikgu2 aku n Ayah serta bonda kerna sudi Memukol aku tanda peringatan
Tetapi, suasana kini berbeza kerana hukuman merotan dianggap ketinggalan zaman dan guru yang melakukan perbuatan itu mungkin menerima 'hukuman' ibu bapa.Ada ibu bapa mengambil tindakan undang-undang, membuat laporan polis atau memukul guru yang merotan anak mereka..---apela nak jadi ngan ibu bape skrg, bile anak xmenjadi...salahkan guru, tp bile guru nak mendidik, dihalang n digertak...


Disebabkan takut dikenakan tindakan undang-undang, rotan hanya disimpan dalam laci meja dan akibatnya, pelajar semakin liar dan tidak terkawal.Saban hari, ada saja kes membabitkan disiplin pelajar dilaporkan malah polis terpaksa campur tangan


Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: "Suruhlah anak kamu bersembahyang padausia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur."
dari hadis di atas jelas menunjukkan bahawa rotan dan memukol anak2 merupakan salah 1 dari jalan peajaran kepada anak2....ape kejadahnyer kite nak expect bdak2 2 phm sendiri...tgk tahap pemikiran...kl da mumayyiz sgt okla....but first yg mcm Rasul kesayangan kite Sabdakan...selepas suroh...x ikot..hukum dlu..tp biarlahukuman e2 atas niat mendidik ,
"innama a'malu binniat"
kepada ibu bapa yg mimikirkan bahawa hukuman seperti rotan xlagi relevan, tanyalah pada diri sendiri. pernahkah Rasulullah berbohong? ade x hadis ataupon ayat Al-quran yg memansuhkan hadis ini? ade x terase seperti kite melawan Hadis nabi?
Sungguh Rasulullah xpernah berbohong...jika diimbaskan kembali, tanpa rotan, cubitan dan hukuman yg pernah aku lalui dlu...aku xmungkin berada di mana aku berdiri skrg...memikirkan aku seorg yg malas blaja, hanyer memikirkan bermain dan bersukeria, aku just mmp membayangkan diri aku di pusat tepi jalanan ataupon menjadi samseng jalanan saja. kerna aku merupekan insan yg hidup tanpe sebarang bakat.
bukanlah nak mengatakan bahawe aku telahpon berjaye, kerna perjaanan idop masih jauh, tp at least aku berjaye menjejakkan kaki ke Menara iLmu.
p/s: sebahagian sumber(warne pink) dipetik dari Harian Metro Khamis, 02 Julai 2009
akhir Kalam: terime kasih kepada guru2 dan PensYaRah di SRK Seksyen19(1993)*SRA Seksyen3(1994)*SRK Seksyen18(1994-1996)*SRA Seksyen19(1994-1996)*maahad tahfiz darul quran wa ulumuddin S.Besar(1997-1998)*smu(a) taqaddum maarif Pasir Tumboh(1999)*sam hisamudin sg.bert klang(2000-2001)*SAM BESTARI JAIS Subang Jaye(2002-2003)*KMPP(2004-2005)* & SCHOOL OF PHARMACY USM(2005-2009) kerna sudi membing aku
& khas untuk Ma & Abah aas segala didikan
yg utama Allah atas segala Takdir n Rasullullah atas segala peninggalan

2 comments:

hya hidayah said...

saLam..

bdk2 sekarang pakai rotan da x lut..silap2 kete cikgu calar lps tu..
inilah cabaran guru masa depan...cmne lah nk didik ank bgsa nie..**thinking of my future**

FarisPharmacistMuslim said...

Lut lagi kl ma bapak dak 2 phm....tp 2la..mak bpk asik dok aggp anak depe btolje...sdey sggh...

Post a Comment