Tuesday, September 1, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

6 - 1 = 0 ???



sound ridiculous is'nt it??tp e2lah hakikat iman...apabila kita beriman pada 6 rukun iman. Sebagai contoh yg jelas pada umat Islam kala ini adelah kurangnya keimanan kepada Kitab Allah iaitu Al-Quran....percaye kepada Al-Quran??? "Ya"....beriman?? "Tidak"....


Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu
.



Para ulama hadis dan fiqh pula berpendapat bahawa iman itu ialah tasdiq dengan hati, ikrar dengan lidah dan beramal dengan sekalian rukunnya. Kegawatan akidah umat kini adalah berupa kepatuhan terhadap perintah dan larangan Allah tidak dilaksanakan dengan sempurnaya. Perkara-perkara yang menyebabkan gugurnya iman seseorang terus berlaku. Ini adalah kerana jahilnya seseorang tentang hakikat iman dan tuntutannya dalam kehidupan seharian seorang mukmin.


Dalam Al-Quran Allah telahpon berfirman yg bermaksud
"Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yg Bertaqwa"
(Al-Baqarah:2)


tetapi umat islam masa kini, melayu terutamanya masih teros mempersoalkan kebenaran Al-Quran, bukan saja Mempersoal, malah ajaran Al-Quran teros ditentang dan dipermain2kan....apekah perbezaan Melayu dengan Bani Israel/negara Israel yg kite kononnya menentang???




Allah menceritakan lagi dalam Surah yg sama ayat 91 yg bermaksud
"dan apabila dikatakan kepada mereka,"berimanlah kepada apa yg diturunkan Allah(al-Quran). mereka menjawab,"kami beriman kepada apa yg diturunkan kepada kami". Dan mereka Ingkar ilal akhir ayat."

PerSoalannya masih berimankah kita???

tatkala membaca Surah An-Nisa' ayat 14 yg bermaksud
"dan barangsiapa yg menderhakai Allah dan rasulnya dan menolak PERATURANNYA(HUDUDNYA),nescaya Allah memasukkannya kedalam NERAKA, dia KEKAL didalamnya dan dia mendapat AZAB yg menghinakan"

Ape kata hati kita? Peraturan dan Hukum Islam sudah ketinggalan zaman? x relevan untuk zaman moden?kita mesti menentang atau kita mesti berjuang?
bijak kah kita berbanding Allah untuk Menentang dan Menghina?

Siapakah Kita?



0 comments:

Post a Comment