Sunday, November 8, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

Setelah Sebulan Berkerja...

Assalamualaikom Semua...





Rasenye mcm dah lame x menulis..rase janggal plak bile tetibe ader mase...setelah sekian lame membusykan diri dengan persiapan untuk bekerje dek kerana perubahan waktu....tp skrg dah ok da kot...sudah ade rentak mase untuk berkerje...



kini aku di SAbah Bah...Bekerje Sebagai Penjawat Awam di Hospital Wanita dan Kanak2 Sabah...so mcm beserla kan jadual harian..tetiap hari kene bangon pukol 4.50 pagi untuk solat suboh...dekat sini suboh abis pon pkol 6 pagi...so nak xnak mmg kene bgn awal jgak...


setelah mensiapkan diri..pkol 6.40 da kene keluar dari rumah da...sbb xboleh ketinggalan Bas untuk ke spital...jika tidak...sejam kemudian 4 d next buses...


Balik2 kerje pulak smp2 rumah Masa dah pun maghrib sudah...dan disebabkan ndak ada Lif...jadi terpaksalah menaiki tangga sebanyak 6 tgkat...Ltey la...


Hopenye..dapatlah Menjadi Pekerja yang mampu menyelesaikan masalah dan paling Penting Beriman...
Thursday, September 3, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

BerSaMe MeE Ada UDaNg


Persiapan untuk Melaporkan diri ke hospital teLah pun disiapkan..smlm telah siap medical check up, dapatkan pengesahan suruhanjaya sumpah & fotostat sijil Grad hari itu..dalam perjalanan pulang baru perasan minyak nak abis...so Stesen Minyak PETRONAS menjadi tujuan...


sesampainye d stesen minyak..baya nak isi minyak...baru aku persan yg harge minyak da naik...xder ujan...xder angin ...xder ribut....awat naik plak???tapi ape bley buat..isi jela...tp ati panas jugak ah...tgh2 pose pon ati panas...yerla..mane taknyer..naik 25 sen seliter..kl dlu SINGGIT LAPAN KUPANG...SKRG DA JADI DUA RINGGIT STGH KUPANG...



31 oGOS ari 2...tgk berite...katenyer minyak ron 95 jadi rm1.80..tp xcite pon yg primax ni naik jadi rm2.05....bijak sungguh DIA & media memutarkan kate..smp xder org pon prasan...atau mungkin aku yg BODOH...rupe2nyer bersame dengan kemasukkan minyak ron 95...pakej yg bersamenyer adelah kenaikkan ron 97..



di saat Negara menyambut "MERDEKA"..di saat ekonomi masih belum pulih...& yg paling penting di saat aku xbekerje dan xbergaji ni....bley pulak die wat mcm2..."RAKYAT DIDAHULUKAN"???APE KEJADAHNYER???......ape aku dapat???



DIA dok bisng2 nak kawal harge barang kononnyer harge barang naik disebabkan umat ISLAM akan menyambut kemenangan dalam perlawanan melawan NAFSU....tp dalam diam Menaikkan Harge Minyak...



~~~~~~~TENSION~~~~~~~
Tuesday, September 1, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

6 - 1 = 0 ???



sound ridiculous is'nt it??tp e2lah hakikat iman...apabila kita beriman pada 6 rukun iman. Sebagai contoh yg jelas pada umat Islam kala ini adelah kurangnya keimanan kepada Kitab Allah iaitu Al-Quran....percaye kepada Al-Quran??? "Ya"....beriman?? "Tidak"....


Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu
.



Para ulama hadis dan fiqh pula berpendapat bahawa iman itu ialah tasdiq dengan hati, ikrar dengan lidah dan beramal dengan sekalian rukunnya. Kegawatan akidah umat kini adalah berupa kepatuhan terhadap perintah dan larangan Allah tidak dilaksanakan dengan sempurnaya. Perkara-perkara yang menyebabkan gugurnya iman seseorang terus berlaku. Ini adalah kerana jahilnya seseorang tentang hakikat iman dan tuntutannya dalam kehidupan seharian seorang mukmin.


Dalam Al-Quran Allah telahpon berfirman yg bermaksud
"Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yg Bertaqwa"
(Al-Baqarah:2)


tetapi umat islam masa kini, melayu terutamanya masih teros mempersoalkan kebenaran Al-Quran, bukan saja Mempersoal, malah ajaran Al-Quran teros ditentang dan dipermain2kan....apekah perbezaan Melayu dengan Bani Israel/negara Israel yg kite kononnya menentang???




Allah menceritakan lagi dalam Surah yg sama ayat 91 yg bermaksud
"dan apabila dikatakan kepada mereka,"berimanlah kepada apa yg diturunkan Allah(al-Quran). mereka menjawab,"kami beriman kepada apa yg diturunkan kepada kami". Dan mereka Ingkar ilal akhir ayat."

PerSoalannya masih berimankah kita???

tatkala membaca Surah An-Nisa' ayat 14 yg bermaksud
"dan barangsiapa yg menderhakai Allah dan rasulnya dan menolak PERATURANNYA(HUDUDNYA),nescaya Allah memasukkannya kedalam NERAKA, dia KEKAL didalamnya dan dia mendapat AZAB yg menghinakan"

Ape kata hati kita? Peraturan dan Hukum Islam sudah ketinggalan zaman? x relevan untuk zaman moden?kita mesti menentang atau kita mesti berjuang?
bijak kah kita berbanding Allah untuk Menentang dan Menghina?

Siapakah Kita?



Monday, August 17, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

x SeinDaH MimPi

(Officially Graduated)
tepat 9.03 minit jam aku..bermulalah langkah kaki untuk menuju tempat yg selama 4 taun aku impikan untuk aku berdiri...


dlu pada tanggapan akuapabila kaki melangkah menganbil buku 2 dari pemberi..akan timbullah rase gembire yg amat sgt tatkala ketika e2 menunjukkan yg diri secara officialnye telahpon tamat belajar....rase gembire...bgge ckit..tp sumenyer berlalu xsmpon pon 30 saat..bayangkan persiapan yg memakan mase yg lame...cari baju yg ditetapkan.....pakai selendang jubah sume....belajar care jalan la ..mcm2la...berakhir sebentar cume...hukhuk..



walau bagaimanapun...bersyukur sbb akhirnye...aku dah pon menamatkan pengajian selame 4 taun di USM...kepada kawan2...tahniah di ucapkan..moge kite same2 menjadi Pharmacist yg ManTop....
Thursday, July 30, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

ISA...Perlukah???

ISA atau dikenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. jika dulu akta ini digunakan bagi menghukum komunis tetapi skrg????
ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan
hak asasi manusia

Persoalan yg bermain diminda..adekah hukum ini bersesuaian dengan islam?Malaysiakan "Negara Islam". adekah ianya adil? Rakyat "Diutamekan"

singkap kembali kisah Saidina Ali Karramallahu Wajhah. tatkala baju besinye dicuri oleh seorg yahudi...kl ikotkan kuase die..of coz la die bleyje nak rampas balik baju besi 2..tp Islam melarang perbuatan e2 lantas di bawa keperbicaraan (ISA main tahan je)..& sebagaimana yg kite sedia maklum Saidina Ali kalah dlm perbicaraan kerana xckop bukti..tp pernahkah Saidina Ali mengugut Hakim yg menyebabkan Beliau kalah dalam perbicaraan???x sesekali x...(same x ngan skrg???)


adekah anda masih menyokong undang2 seperti ini???

Bayangkan pula tika memperjuangkan hak anda.....anda ditahan dibawah akta ini..siapa yg akan menjaga org yg anda sayang??

ingatlah tatkala kita menyokong dan ader insan yg teraniaya, tatkala suami terpisah dari is3, anak terpisah dari ibu dan bapanya, mereke derita..dan adekah anda Fikir anda selaku penyokong sahaja anda akan terlepas dari Siksa Allah???

Allah s.w.t. berfirman bermaksud;
“Dan hendaklah kamu bantu-membantu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam membuat dosa dan maksiat.(Surah al-Mai dah: ayat 2)

Tuesday, July 28, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

SyUrGA DuNiA


sebut pasal syurga..semestinye terbayang kehidupan yg x membutohkan kite memikirkan tentang masalah, hidup dikelilingi oleh segale jenis kesenangan, wang, rumah, wanita, anak2, kerete mewah dan sebagainye. Melihat pada situasi dunia skrg..pastinye kite perasan yg Manusie termasuklah kite sentiase mengejar kesenangan dalam kehidupan bagi membina Syurga Di Dunie...


zaman sekolah dlu sll setiap kelas biasa ada perkataan "kelasku, syurgaku" then ade plak "rumahku, syurgaku" mcm2 lagilah sumenyer disyurgekan. menjadi fitrah manusie yg sememangneyr mahukan kesenangan. yerlah..dekat syurge...pnah ke dgr org dlm syurge akan dapat kesusahan..xkan??

Maha Pemurahnye Allah, maka Allah mengurnikan Syurga kepada kite...& sebagaimana yg kite tau syurga di akhirat adelah sukar untuk dimiliki sedangkan dalam kalangan Sahabat Rasulullah sendiri hanya 10 org yg dijamin masok syurge...Kite???


so dikesempatan ini marilah beramai2 melawat syurga Dunia yg Allah telahpon sediakan untuk kite...kate org tue2.."hendak se1000 daya, xnak se1000 dalih"

Sabda Rasulullah:
Jika kamu melalui Taman Syurga, maka Bersiar2lah didalamnya. Sahabat bertanya: apekah Taman Syurga e2 ya Rasulullah?. Rasulullah menjawab: Majlis Zikir(imu)"















jika diberikan 2 pilihan, Tmn Syurge & Taman Nerake..yg mana yg kite Pilih??? kiri or kanan???
:)

Kubor MaSinG2 kan???

dah lame rasenyer jari jemari aku xmenulis kat cni sbb internet da jarg dapat da...tujuan penulisan arini adelah untuk bercerita tentang segelintir umat islam...yang kononnye memperjuangkan hak asasi manusie...


rasenyer isu ni pernah timbul 1 ketika dulu dinegara Malaysia kite ini yg xpasti same ada negaranye islam, negara yg ramai umat islam ataupun negara yg ramai umat islamnye sendiri yg menentang islam....pernah berlaku 1 kes yg mana Ustaz yg ingin menangkap org berkhalwat setelah mendapat aduan dari org ramai diErtikan sebagai Suka menjaga tepi kain org, mengganggu isu peribadi org lain & melanggar Hak individu la kononnye. then timbul plak 1 tren manusie yg mana apebile ditegor tentang maksiat yg dilakukan mereke akan menjawab....mereka akan melawan smp pihak penegur jadi buntu ayat...


"Kubor Masing2 kan?".btol jgak die ckp...yg ken aku ni sebok apsal plak..bia la die nakwat pe pon...bukan effect dkat sape2 pon kan? lantak depe la nakwat pe...jadi org yg plg lemah iman pon xper da time 2...Ustaz pernah ckp..Rasullullah pernah bersabda yg "kl ternampak manusie melakukan maksiat, maka cegahlah dengan tangan mu, jika kamu x mmp maka cegahlah dengan lidah, jika xmmp juga maka bencilah didalam ati kamu kerna itu adelah selemah2 iman". kl yg benci dengan hati je pon dah tahap iman yg paling lemah...yg suke pada maksiat? yg wat maksiat?. kadang2 ati bertanyer kembali...Berimankah Aku?


Then 1 hari Allah memberikan Hidayah melalui bacaan insan lain...Surah Al-Anfal ayat 25 yg bermaksud
"Dan peliharalah dirimu dari siksaan yg x hanya menimpa org2 yg zalim saja diantara kamu, dan ketahuilah bahawa Allah sangat keras Seksanya"

dari ayat diatas..barulah aku sedar..yg kubor sebnanyer bukan masing2 yg punyer..kl dkat dunie pon Azab Allah kene pada sume..Akhirat tetap akan disoal....nak xnak..org lain ttp akan terkene tempiasnye...kate org tue2..diam bermakna setuju..setuju bermakna meyokong...kl sokong wat baik xperla...tp bagaimana pulak sebaliknyer???nilah yg org sll ckp...DOSE KERING....org lain wat dose...org lain jugak dapat saham...


so akhir Qalam...kl anda nampak SaYE melakukan kesalahan..tegor2 lah yer..semestinyer anda xmengharapkan aNda akan Dihukum Di Akhirat sane kerna perbuatan saye...
Thursday, July 16, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

Obesity

macam da menjadi hukum alam zaman skrg yg biasanye per+han umor disusuli dengan per+han berat badan..n of coz mender ni turot melande aku(hukhukhuk)

tujuan penulisan kali ini adelah disebabkan bile jmp org...org mst tanyer aku..nak ubat untuk kurus...mentang2la aku aik pharm...tp 2la..bkan niat dihati xmau bgtau..bkan jgak xtau lgsg...tp xtau sgtla..tau ckit je ubat mcm sibutramine & orlistat(sebnanyer 2 ni je pon aku igt)...tp nak bg ubat ni pon ader syaratnye n kebiasaannya ubat untuk anti obes diberikan untuk meningkatkan kesan anti obes akibat dari perubatan tanpa menggunakan Drug.

tp apepon dlm rawatan obesity komponen yg paling penting adelah non-pharmacological treatment (rawatan yanpe ubat)
  1. Dietary Therapy- biaselah name pon diet so kene la jage makan, tetapi bab ini banyak disalah ertikan, diet dimadsudkan dengan mengambil makanan yg berpatutan pada jumlah yg berpatutan, ni x, dok sebok xmau mkn then mulelah masalah pitam, pening, xder tenage untuk berkerje, gastrik dan sebagainye. perbanyakkan memakan makanan yg berserat. serat tidak larut mencairkan karsinogen yang mungkin ada di dalam najis, dan mengurangkan pendedahan dinding usus kepada bahan-bahan ini. Disamping itu, serat tidak larut mengubah pH usus besar, mengganggu kegiatan mikrobial yang menghasilkan karsinogen. Kesan gabungannya dapat mengurangkan risiko barah kolon. Serat ini dikatakan memberi kesan paling besar kepada kesihatan kolon atau usus besar, kerana ia tidak diserap dan bergerak dengan cepat di dalam usus ketika penghadaman. Serat tidak larut memperbanyak bahan buangan, lalu mempercepat pergerakan mengeluarkan bahan buangan daripada badan. Ini mengurangkan tekanan pada dinding kolon dan membantu mencegah sembelit
  2. Physical Activity- merupakan element yg penting dlm trherapy tanpa drug. ia mampu mengubah komposisi tuboh, risiko penyakit dan memperbaiki kualiti hidup. there is no easy way to become slim..so work3..
  3. Behaviour Therapy- lbey kepada rawtan sokongon seperti mengubah corak pemakanan. teringat kate ustaz ari 2..ustaz ckp Rasulullah mkn..kunyah 40 kali b4 telan..tp kiteni..kunyah xkire dah...makanan 2 masok sendiri...yg sinonim disini adelah makan dengan perlahan. makanan yg dihadam akan meningkan kandungan glukosa dalam darah yg mana peningkatan ini akan menghalang akan menghalang sejenis hormon ghrelin untuk bertindak pade Hypothalamus yg kemudiannya menghalang pembebasan Neuropeptide Y yg mengaruhkan perasaan Lapar.( so kl makan slow, kuantiti yg sedikit boleh mengenyagkan)
so kepade kawan2 yg bertanye...cubelah langkah ini dulu...kl da xle sgt...br la berjumpe dengan Dokter anda...
makanlah makanan yg seimbang ye kawan2
Wednesday, July 1, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

RoTAn







(Berikot adelah alat2 yg pernah digunekan sebagai hukuman kepade aku)

isU hukuman rotan di sekolah kembali menarik perhatian apabila ia dikatakan langkah terbaik mendisiplinkan pelajar bermasalah dan suka melanggar peraturan


Jika mengimbau persekolahan zaman 60-an dan 70-an, jika guru merotan pelajar yang melakukan kesalahan, ia perkara biasa dan mendapat sokongan ibu bapa.Murid atau pelajar sedar jika dirotan, ia adalah kerana kesalahan sendiri dan mereka tidak berani mengadu kepada ibu bapa kerana aduan itu tidak dilayan, sebaliknya mereka mungkin dirotan lagi.--yangni aku pon kene jgak...kire zaman Y2K pon stil berjalan


Memang sakit apabila dirotan, tetapi kebanyakan pelajar yang pernah menerima hukuman itu, kini menjadi manusia berguna, memegang jawatan tinggi dan disegani masyarakat.Malah, ada pelajar yang pernah dirotan berterima kasih kepada guru kerana mengambil tindakan berkenaan.----Sokong sgt...thanks kepade sume cikgu2 aku n Ayah serta bonda kerna sudi Memukol aku tanda peringatan
Tetapi, suasana kini berbeza kerana hukuman merotan dianggap ketinggalan zaman dan guru yang melakukan perbuatan itu mungkin menerima 'hukuman' ibu bapa.Ada ibu bapa mengambil tindakan undang-undang, membuat laporan polis atau memukul guru yang merotan anak mereka..---apela nak jadi ngan ibu bape skrg, bile anak xmenjadi...salahkan guru, tp bile guru nak mendidik, dihalang n digertak...


Disebabkan takut dikenakan tindakan undang-undang, rotan hanya disimpan dalam laci meja dan akibatnya, pelajar semakin liar dan tidak terkawal.Saban hari, ada saja kes membabitkan disiplin pelajar dilaporkan malah polis terpaksa campur tangan


Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: "Suruhlah anak kamu bersembahyang padausia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur."
dari hadis di atas jelas menunjukkan bahawa rotan dan memukol anak2 merupakan salah 1 dari jalan peajaran kepada anak2....ape kejadahnyer kite nak expect bdak2 2 phm sendiri...tgk tahap pemikiran...kl da mumayyiz sgt okla....but first yg mcm Rasul kesayangan kite Sabdakan...selepas suroh...x ikot..hukum dlu..tp biarlahukuman e2 atas niat mendidik ,
"innama a'malu binniat"
kepada ibu bapa yg mimikirkan bahawa hukuman seperti rotan xlagi relevan, tanyalah pada diri sendiri. pernahkah Rasulullah berbohong? ade x hadis ataupon ayat Al-quran yg memansuhkan hadis ini? ade x terase seperti kite melawan Hadis nabi?
Sungguh Rasulullah xpernah berbohong...jika diimbaskan kembali, tanpa rotan, cubitan dan hukuman yg pernah aku lalui dlu...aku xmungkin berada di mana aku berdiri skrg...memikirkan aku seorg yg malas blaja, hanyer memikirkan bermain dan bersukeria, aku just mmp membayangkan diri aku di pusat tepi jalanan ataupon menjadi samseng jalanan saja. kerna aku merupekan insan yg hidup tanpe sebarang bakat.
bukanlah nak mengatakan bahawe aku telahpon berjaye, kerna perjaanan idop masih jauh, tp at least aku berjaye menjejakkan kaki ke Menara iLmu.
p/s: sebahagian sumber(warne pink) dipetik dari Harian Metro Khamis, 02 Julai 2009
akhir Kalam: terime kasih kepada guru2 dan PensYaRah di SRK Seksyen19(1993)*SRA Seksyen3(1994)*SRK Seksyen18(1994-1996)*SRA Seksyen19(1994-1996)*maahad tahfiz darul quran wa ulumuddin S.Besar(1997-1998)*smu(a) taqaddum maarif Pasir Tumboh(1999)*sam hisamudin sg.bert klang(2000-2001)*SAM BESTARI JAIS Subang Jaye(2002-2003)*KMPP(2004-2005)* & SCHOOL OF PHARMACY USM(2005-2009) kerna sudi membing aku
& khas untuk Ma & Abah aas segala didikan
yg utama Allah atas segala Takdir n Rasullullah atas segala peninggalan
Tuesday, June 23, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

Kisah Di Sebalik saNg kamBinG

(kambing Dok MengUsya)
Selak2 surat khabar lame dok terselakla bab binatang nie, tp kisah yg aku tgk 2 pasal pengembale binatang yg marah akibat dikenekan kompaun akibat membiarkan binatang ni berkeliaran. Dulu aku pon minat jgak nak bele Binatangni, tp skrg minat 2 da kurang.

Abah aku kate, kl nak pele binatang ni, kene phm sifat die & dalam 1 ceramah 2 aku terdengar persamaan antare binatangni(kambing) ngan manusie. dan dari c2 baru la aku tau kenape sebelum Rasulullah Berdakwah, Rasulullah pernah mengembale Kambing tujuannye adalah untuk lebih bersabar dalam melayani karenah Manusie.


Antare Sifat2 kambing kalau kiter perhatikan
  1. kl diikatkan pade kawasan yg berdekatan ngan makanan, die still nak mencapai makanan dkat luar lilitan tali yg mengikatnye
  2. kl melihat olehnye akan Kambing Betine, mesti nak keja
  3. jika ditarik talinye untuk dibawa pulang, ia akan mempasakkan kaki nya pada tanah untuk menahan dirinya dari bergerak
(Terik da Tali 2)
sifat pertame Sang kambing menunjukkan Sifat Tamak, yang mane die akan cube mencapai makanan yg diluar capaiannya, begitulah juga ngan kite manusie ni, rezki mencukupi da ade depan mate, tp still tros mencari ruang untuk menambahkan kekayaan walaupun melampui had yg diebenarkan. Tali diumpamakan dengan Syariaat.
(apeni Dekat2, xselesela)
Sifat ke2 menunjukkan betape nafsu yang menguasi diri Sang kambing, begitu jugalah manusia yg x lg ber pikir berdasarkan iman dan Aqal yg da Allah kurniakan. hanya memandang dunie pada dasar nafsu, yg halal yg haram sume nak redah, yg penting keinginan nafsu dipenuhi (memanglah xsalah bagi binatang menderni, tp perumpamaannyer pade manusie)(susahnyerla nak bwk Kambingni)
Sifat yg ke3 pula menunjukkan betape sang Kambing tidak mahu kebenaran, yerla niat tuan die nak bwk die blik umah, kl ujan nati xla die kebasahan, tetapi die bkan saje xdgr, malah melawan. e2lah sifat org kafir, yang mana Diajak oleh Rasullullah untuk menganuti Islam kerna allah pernah berfirman "sesungguhnya Ad-din(pegangan hidup) disisi Allah adelah Islam". tp mereka kuat menentang. kl melihat situasi skrg Rasulullah pernah bersabda " Ulama' merupakan pewaris Nabi2". tp lihatlah berape ramai yg menentang(krisis yg berlaku di Iran n Malaysia)


Fikirlah Teman2 & sahabat2 dengan menggunakan a'kal yg telah Diberikan & Islam yg Telah DiWariskan kerna kita Dibezekan dengan binatang Hanyerlah Pade A'kal.


Kambingkah kita??(Senyum Si kambing yg Femes)
Monday, June 22, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

RetireMenT???

Putaran Kehidupan - Firdaus
Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pastikan kau ketemu

pastikan kau ketemu..


(Kisah LaLu)
5 bulan lepas aku pergi berjumpe dengan seorg doktor bertanyekan tentang rawatan kaki ku yg terseliuh akibat dari terjatoh ketika bermain bola. da jumpe dokte 2, dapat la Methyl Salicilate PRN, ibuprofen TDS ke PRN aku pon xigt da n Rehat dari bermain bola selama 2 bulan.


da 2 blan rehat kaki pon da stat gatal nak main bola, so kembalilah aku ke padang.


semalam bersamaan 22/06/09 kembali memalitkan sejarah itam dalam diary idop aku, kesakitan kaki kiri yg dlu pernah menghantui diri kembali mengusai diri di + plak ngan kaki kanan yg lagi trok.tatkala diri tergolek akibat perlanggaran n kaki melanding pada masa yg salah menyebabkan kaki kanan aku terseliuh, nasib baik x tergeliat(ade jgak rase bersyukur)

Terseliuh merupakan kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak(tp part aku xrase smp terkoyak kot)

Rawatan: RICE

Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
Balut tempat yang cedera [Compression]
Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]

tp dkat padang maner nak ader ice kan?so inflammation reaction yg berlaku pada pergelangan kaki aku xdapatlah nak dikurangkan, smp je dkat umah kaki pon da membengkak, nak naik n tron tgge memerlkan aku utk berpaut pade tepi tgge(xtau ape name die), sehinggakan berjalan utuk kemasjid pon susah, nak solat pon susah...melampau sungguh...(tp syukur) baru nikmat kesihatan sikit sahaja yg ditarik sekejap.


& akibat dari kesakitan e2 mulai hari ini aku telah pon dilarang oleh BOnda untuk bermain Bola lagi.


ape yg menyedihkan sebnanye adelah berkaitan dengan kasut bola yg aku baru beli, baru je pakai xsmp pon seblan, tp kini aku terpakse melihatnye sekadar tergantung di Grill Rumah.


akhir Kalam
igt 5 perkara, sebelum datg 5 perkara: muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati, lapang sebelum sempit"
(Muke X MamPu)
Wednesday, June 17, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

Biar Mati Anak, Jangan Mati adat

Hari ini bermule dengan ceria selepas solat subuh di Masjid Setol Prai, balik ke rumah bkak2 tv ader CSI..so menonton tv lah aku diawal pagi sambil MenguroT2 blakang & berbual ngan ABAH yang kepenatan kerna smp rumah lewat jam 12 malam dari KL(sian abah cari rezki untuk kami hidup senang). then Abah n Ma pergi kije, n mcm beserla sebagai anak mestilah Bersalam Cium tgn Ayahanda dan Bonda.

kemudian Aku n Aan( adik aku yg no 4) makan nasik lemak ngan Burong puyoh Goreng yg Bonda siapkan ketika kami pergi solat suboh. makan2 then pkol 8 lbey2 ckit bertolakla ke tempat kije n smp lbey kurang pkol 8.30. sesampainyer di tempat kije, bkak internet, hajat nak cari ciri2 Anak Soleh, tp terjumpe perkataan
"BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT".
Sanggupke tgk Anak kite mati mcmni, demi adat yg kompem2la xmasuk syurge???

dalam peribahasa diatas menyatakan bahawa, betapa adat itu perlu dipertahankan sehingga sanggup mengorbankan, sungguh aku terkilan memikirkan betape org2 dulu begitu mempertahankan adat yg diperturunkan kepada mereka secara turon temuron dari nenek moyang mereka.


Sedar x sedar adat e2 sebnanyer merupakan Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam. tetapi xsumenyer mengikot islam malah ade yg maih bercanggah dengan Islam. sebagai contoh BerSanding.(maaf contoh ini saja yg terpikir diotak kala ini)

Sabda Rasulullah
"sesungguhnya setiap amalan e2 adalah dengan Niat"


Firmankan oleh Allah swt :
Berjuanglah kamu samaada ringan atau berat dan berkorbanlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah yang sedemikian itu adalah terlebih baik (kemenangan ) bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti .
-Surah At Taubah:41

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang pada jalan Allah dengan mengrbankan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (menang)-

Surah At Taubah:20

apa gunenya berjuang atas dasar adat???adekah Allah pernah menjanjikan kemenangan bagi perjuangan ini??x..sesekali tidak, dalil mane ntah aku xpnah nak jmp.

Smp sanggup mengorbankan anak, yg ni lagila aku nak Bangkang, kepale otak die, da la anak e2 rezki dari Allah, nak dapat Susah, da 2..kl da korbankan anak, sape pulak nak doakan kite "Tika Nyawa telah Berpisah ngan Jasad"
cucu2 Pok Him yang balik Beraye

teringat Sabda Rasulullah
"apabila Mati anak Adam terputuslah baginya segala amalan kecuali 3, Sedekah Jariyah, Ilmu yg disebarkan, Doa anak yg Soleh"

so teramat2lah xsetuju ngan mender nie....cube rakan2 bayangkan kite sorg2 dalam kubor, xder org nak tolong, xder org nak teman, make datgla doa dari anak2 yg mendoakan kebahagiaan kite, alangkah menyenangkan ati.


mungkin ade yg mengatekan aku seorg yg x beradap mahupon x beradat, tp e2lah pegangan hidup aku. Bagaimana dengan ANDA???


Biarlah berjuang Atas Dasar Islam, Mati Atas Dasar Islam. tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu Apepon.

*Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah


Monday, June 15, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

Manusia oooo Manusia

Kisah Keldai, Luqman & anaknya


si bapa hendak mengajarkan kepada anaknya tentang sikap manusie, lantas si bapa pon mnegajak anaknyer berjalan bersama seekor keldai.


1. pada mulanya si ayah menaiki keldai sambil anak memegang tali keldai, apabila melalui 1 kampung maka berkatalah penduduk kampung tersebut, " bodo punyer bapak, sepatutnya anaknyalah yg menunggaingi keldai tersebut sbb kesian pade anak"

2. kemudian bertuka tempat keduanya, si anak pula menaiki keldai manakala si bapa memegang talinya, apabila melalui 1 kampung yg lain maka berkatalah penduduk kampong tersebot "celakelah anak tersebut, bapak tu da tue, bagilah bapak 2 naik keldai 2, bapak 2 da tue, da ltey, bodo punyer anak"

3. kemudian kedua2nya tron, dan apabila melelui 1 kampung yg lain, maka berkatelah org kampung tersebut, "alangkah bodonye ke2 2 org ini, da ader kenderaan naiklah, ni x, dok tarik sane sini"

4. ke 2 2 anak dan ayah menaiki keldai tersebut dan melalui 1 kampung yg lain, maka berkatalah org kampung tersebut " alangkah bodonye ke 2 2 org ini, keldai 2 da la kecik, naik 2 2 org, ltey la die, kesian la keldai 2, xberperikemanusiaan punyer org"

kemudian ke 2 2nya brenti dan si anak bingunb kerana semua yg di wat pada hari tersebut semuanya x kene, maka berkatalah si anak" wahai ayah, marilah kita mengangkat keldai ini untuk melihat ape pandangan manusie" maka menjawablah si ayah " pada akhirnya kita akan ltey, & manusia akan mengatakan kita gila"


Pengajaran yg bley kite dapat dari cerite d atas.."its not wrong 2 b d minority" as long ape yg kite wat xberlawan ngan syara'...maka pedulikanlah ape org nak kate...selagi ape yg kite wat e2 btol....persetan kan sumenyer...sbb setiap org mempunyai pendapat sendiri..selagi mane ape yg kite wat e2 btol..so go on...


semoge Allah merahmati Kita SemuA
org nak pkol pon relaks jerk..hahahaha




p/s: Maaf segale ayat adelah hasil tafsiran n cerita sendiri
Tuesday, June 9, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

23

dalam sedar umo aku pon da mencapai 23 da..da abis pon blaja dkat USM selame 4 taun...time 1ste year trase lame je nak abis, time 2nd year rase lagila lame, time 3rd year xsaba nyer nak abis tp bile da abis ni..mcm boring plak da abis...same la mcm skolah2 dlu...begitulah insan...bkannyer xbersyukur just terpk...
teringat time kecik2 dlu..sume muke comey jerk...sll main..lari2..keja2 baling selipar n mcm2, xpnah pon terpk nak jd ape bile besa...watpe nak pk pon kan???

teringat sll kene sebat ngan rotan, tali pinggang, hanger, getah paip, batang kayu sebab malas bace buku, xdgr ckp abah, Solat lambat n mcm2 kesalahan time kecik dulu..Walaupon sdey dan skit tp sungguh ia membantu membentuk aku menjadi aku yg lebey baik(walaupon masih bertanduk), dan hukuman sebat e2 berterusan smp la aku form 3.

dkat skolah rendah, tiap2 ari ader klas BI mst kene dende sbb malas nak menulis n penyakitni still melekat smp skrg...still malas nak menulis nota...skolah smp darjah 4, sepatotnyer dapat masok klas no 1 time darjah 5 tp ditukarkan skolah plak sbb nak kene teman abg aku.



masok sekolah menengah sbb berjauhan ngan abah..perangai pon menjadi...byk jgak mender jahat yg aku wat..hukhuk...masokla skolah dkat sebelah Sg Klang, dok skolah 2 lagila, ngan kwn2 pon ader yg xbtol...dpt gelaran pon sengal2 jerk....Senior plak asik nak membuli je kijenyer...sebok ngan idop aku..bkan nak g bace buku pandaikan otak seniri..bodo punyer org....disebabkan skolah 2 mmg xramai pompuan, aku pon xpnah klas ngan pompuan, so pompuan pon menjadi asing bg aku




so bile keputusan PMR diumumkan, Alhamdulillah aku dpt tawaran sambung blaja d USJ 5 bersame Zul, Wong, Mae, Apai n keril, disebabkan da xbeser ngan pompuan n malu terhadap mereke make perancangan awal untuk memasuki Aliran sains Tulen terpakse dibatalkan. di Sambest banyakla bley blaja, jmp kwn baru bergelak ketawe, ponteng kuliah maghrib, lompat pagar tgh2 malam utk main General, bykla kenangan disane...





abisje zmn skolah menengah Selepas keputusan SPM diumumkan aku pon apply Matrik, dpt matrik, disinilah aku blaja n mule bercakap ngan pompuan, time mule nak ckp lutut ketaq tp mcm da ok da lame2, kat cni idop bebas ckit, blaja pon sng, so byk mase diabiskan dengan lepak2 n bermain2...sronok banget....kl boleh nak selalu disane..tp masakan kita mampu menghalang masa dari tros berputar ckop setaun abis da zmn matrik...apply UPU...nak mintak pharmacy UITM...tp Mak soh mintak USM..katenyer USM xkan amik aku...ternyata jangkaan Bonda meleset selepas USM sudi menerima aku...so masokla USM..




Di USM suasane amatla berlainan ngan tempat lain aku blaja..pompuan lagi rmai dari laki..kami menjadi kaum Minoriti dengan jumlah 13 org, school pon asing dari school lain so aku pon berkawan ngan bdak Pharmacy sajela..selepas 4 taun blaja, bergembire, berstressla yg plg banyak, MENDOTA, memonteng kuliah dan sebangainya..akhirnya tempoh 4 taun pon berakhir dan kini aku hanya menunggu saat untuk berGraduasi....






Sekejapnyer mase berlalu..kini..aku adelah AKU
Monday, June 1, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

ruMaH SewA vs RumAh SendiRi

kala diri berjalan2 tanpa tujuan dek kerna kesorangan aku terpandang kearah deretan rumah2 yang besa dan cantik, tetibe plak rasenyer ingin berkongsi dengan sahabat2:

1 ketika 1 Gelombang bunyi yang memasuki telinge, yg kemudiannya akan melalui Canal telinga dan kemudiiannya sampai kepada gegendang teinga, dari gegendang tlinga e2lah berlaku amplifikasi tekanan udara yang diterima dari gegendang telinga oleh Ossicle yang merupakan tulang paling kecil dalam badan kite yang kemudiannya akan dihantar ke Cochlea yang berfungsi utk menukarkan tekanan fizikal hasil gelombang bunyi yang sampai ke gegendang telinga kepada electrical information hasil daripada pergerakan sel rerambut dalam organ Corti untuk dihantar ke otak. Da sampai Otak..kenela pikirkan???

Rumah Sendiri


Rumah Sewa



DUNIA SKRG:
kalau melihat kepada dunia skrg, seperti telah berlaku 1 fenomena yang tidak lagi pelik, yang mana manusia bersemangat mengejar dan memburu kejayaan dan kekayaandan tanpa disedari kita telahpun terlebih menghias Rumah Sewa berbanding Rumah Sendiri. Rumah sewa kita dihiasi dengan taman yang cantik dan megah, berlantaikan marmar dan mozaic yg indah mata memandamg. manakala Rumah Sendiri yang akan didiami selepas tamat tempoh menyewa dibuat ala kadar, tegaknya hanya berpaku tanpa bersimen, bumbungnya beratapkan asbestos tanpa dihiasi oleh bebunga taman yg harum selain pokok yang tumboh meliar. Dunia ibarat rumah sewa yang mana kita akan tinggal bersamanya dan berusaha dengannya selagi Malaikat izrael belum menjemput. Manakala rumah kita yang hakiki adalah akhirat yang mana kita akan hidup disana selama2nya. kita lihat kebanyakkan kita tersalah membuat pilihan yang mana ia banyak menghabiskan masa utk menghiasi dunia tp terlupa utk menghiasi rumah yang akan kita diami iaitu akhirat. mengejar dunia biarlah berpada, jika xckop kita +kan, jika mencukupi bersederhana, jika melebihi berkongsilah.

Firman Allah : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah engkau dilalaikan oleh harta dan anak-anakmu untuk berdzikir kepada Allah" (QS. Al Munafiqun: 9)
"Kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan , disebabkan itulah jangan sampai kamu tertipu oleh kehidupan dunia"
(QS. Al Ankabut: 64. QS. Luqman: 33)

Rasulullah bersabda
"Dunia ini terlaknat dan isinya penterlaknat pula, kecuali yang berdzikir kepada Allah serta mengikuti dzikir tadi, juga orang yang berilmu agama serta orang yang menuntut ilmu agama tadi terbebas dari laknat"
(HR Turmidzi)


Firman Allah lagi
"Pada suatu hari dimana harta dan anak-anak tidak berguna lagi kecuali bagi orang-orang yang menghadap kepada Allah dengan hati yang bersih dan didekatkan surga bagi mereka yang bertaqwa"
(QS. Asy Syu'ara: 88-90)
"Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya, sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa." (Al Baqarah:197)

dari ayat diatas, ia menjelaskan betapa dunia hanyalah tempat yang sementara bagi menyiapkan Bekal untuk menghadap Allah. harta yang dimiliki didunia xlagi berguna ketika menghadap Allah di akhirat nanti melainkan Harta yang telahpun dilaburkan pada jalan Allah semasa hayat didunia. Dan di saat ini bekalan yang paling baik adalah Taqwa (Membuat apa yg Allah suroh,Meninggalkan Apa yg Allah larang)

so Marilah kita bersama2 berusahe Mencantikkan Rumah Sendiri, supaya kite tergolong dalam mempunyai bekalan yang baik di Akhirat Sana.


kepada Pemabaca adalah diharapkan turot mendoakan saudara2 yang lain terutamanya Penulis ini yang terlampau banyak Dosanye, semoge bersama2 mendapat Hidayah & Taufiq semoge dapat selamat di Akhirat sana.
Thursday, May 28, 2009 | By: FarisPharmacistMuslim

Resipi uNtuK keK coKlaT


Too Much Chocolate Cake

INGREDIENTS

  • 1 (18.25 ounce) package devil's food cake mix
  • 1 (5.9 ounce) package instant chocolate pudding mix
  • 1 cup sour cream
  • 1 cup vegetable oil

  • 4 eggs
  • 1/2 cup warm water
  • 2 cups semisweet chocolate chips

DIRECTIONS

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  2. In a large bowl, mix together the cake and pudding mixes, sour cream, oil, beaten eggs and water. Stir in the chocolate chips and pour batter into a well greased 12 cup bundt pan.
  3. Bake for 50 to 55 minutes, or until top is springy to the touch and a wooden toothpick inserted comes out clean. Cool cake thoroughly in pan at least an hour and a half before inverting onto a plate If desired, dust the cake with powdered sugar.


begitulah kisahnyer jika anda mahu membuat kek yg diberi nama " too much chocolate kek". jadi pernahkah kita terfikir, sekiranya slah 1 bahan yang sepatutnya digunakan untuk membuat kek tersebut digantikan atau dibuang, as example kalau kite xmau gune telor....then can we expect to get the same kek that we need???duduk temenung, tanyelah nafsu makan...

pk plak pasal islam, teringat sabda Rasulullah junjungan umat, baginda pernah bersabda yg bermaksud

" Aku tinggalkan pada kalian dua perkara

yang kalian tidak akan tersesat selama kalian berpegang teguh dengan keduanya: Kitabullah

dan Sunnahku. Dan keduanya tidak akan terpisahkan hingga keduanya mendatangiku

di Al-Haudh (telaga)".

yela...dalam islam manusie dibahagikan kepade 2 golongan jerk....yg selamat dan yg xselamat....bolehke kite selamat kl yg 2 kite tolak, yg ni kite tolak, yg 2 kite amik, sesedap ati kitejerk, sedangkan kek pon da xkan menjadi yg seperti yg kite jangkakan dengan kite buang telor then + letak tepung lebih, gule lebih what can we expect the cake wil b???

So bolehke kalau kite main tolak je hukum yg Allah da sediekan untuk kite selagi ianya xmemenuhi nafsu kite, then kite + plak ngan hukum kite sendir....dala hukum Allah da tolak da, gune pulak hukum org kafir, sedangkan kite da tau dah

Allah dah berFirman da dalam surah Al-baqarah yg bermaksud
" x akan selama2nya redha terhadap kamu kaum yahudi & Nasrani sehinggalah kamu mengikuti mereka"




SELAMATKAH KITA????